Monday, November 14, 2016

Deena Wardina Sedang Mencipta Nama Dibidang Seni



Deena Wardina atau nama sebenarnya Nor Fatin Wadina Binti Mohd Affendy yang  pada mulanya hanya anak gadis montel dan  sering dipermainkan,  kini bangun dan mula mencipta nama di bidang seni budaya khususnya di Pulau Pinang. Walaupun usia  baru 14 tahun,   namun gaya dan penampilannya  nampak cukup matang.

Beliau masih belajar dan menyimpan cita-cita untuk menjadi akitek dan ingin menjadi pengiat seni seperti menyanyi dan berlakon. Bakatnya kini telah terserlah dan mula mendapat perhatian khususnya di Pulau Pinang. Diyakini dalam beberapa tahun akan datang Deena Wardina  pasti mampu mengegar dunia seni tanahair.

Diusia yang muda ini Deena Wardina telah menghasilkan album ‘single’ yang pertama. Lagu dalam album single yang pertama ini berjudul “Teman” dan "Aku Bingung”. 

Disamping menghasilkan album dan membuat persembahan nyanyian di pelbagai pertunjukan pentas Deena Wardina juga merupakan tukang karang boria Omara, sebuah kumpulan boria yang amat terkenal di Pulau Pinang.

Disamping bergiat sebagai penyanyi dan tukang karang boria Deena  Wardina juga sudah mula berjinak-jinak di bidang lakonan. 

Beliau telah dipilih berlakon dalam sebuah filem indie iaitu   filem budget kecil berjudul “MY SUPER HERO” arahan Jakson Chong di bawah producer Eric Ong daripada Singapura yang menjalankan pergambaran di Sungai Petani.

Baru-baru ini pula Deena Wardina berlakon dalam sebuah Telemomie  yang berjudul “AKU TAK  SESAT” arahan Khalid Sulaiman Fdam. Pergambaran telemovie ini dibuat di Trong, Perak.

Deena Wardina amat bertuah kerana minatnya dibidang seni ini mendapat sokongan dan dorongan yang cukup kuat daripada kedua ibu bapanya Mohd Afendy dan Intan Zainoora.


Diyakini dengan sokongan dan dorongan kedua ibu bapanya serta kini berada dibawah pengurusan Omara Production,  Deena Wardina mampu pergi lebih jauh dibidang yang amat di minati ini. 

Mereka yang berminat untuk mengundang Deena Wardina membuat persembahan nyanyian solo dan juga boria boleh menghubungi pengurusnya Omara 017-443 0091 .atau Fendi 012-423 7050

No comments:

Post a Comment